Be yourself
Sunday, April 4, 2010
My Life...A Great Life...Syukur Alhamdulillah...
Friday, February 19, 2010
Keistimewaan Wanita Di Sisi Agama Islam
Wanita mempunyai keistimewaan dlm Islam. Keistimewaan yang tidak dimiliki oleh kaum lelaki. di antara keistimewaan yang diperolehi oleh wanita ialah seperti berikut:
1) Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanyakepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut, jawab baginda "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2) Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 orang lelaki yang soleh.
3) Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4) Barangsiapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar malam ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahala seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka Barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
5) Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.
6) Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7) Daripada Aisyah R.A. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka".
8) Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9) Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapa mu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10) Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah daripada mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11) Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkanya (serta menjaga sembahyang serta puasanya).
12) Aisyah R.A berkata "Aku bertanya kepada Rasullullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?". Jawab Rasulullah S.A.W "Ibunya".
13) Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14) Tiap perempuan yang menolong suaminyadalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10 000 tahun).
15) Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
16) Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.
17) Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18) Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19) Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
Walaubagaimanapun, Islam mengangkat darjat wanita setaraf dengan lelaki, Islam melebihkan lelaki pada suatu hak tetapi melebihkan wanita pada hak yang lain pula. (Hasan Al-Banna).
Assalam.
Friday, February 12, 2010
ATV Adventure at Kemensah
I really had fun with my 'giler2' friends last week...Riding 150cc quo bike in the heart of the jungle...My first ever experience riding the ATV...ATV Adventure, Kemensah...
Thursday, January 28, 2010
I am a LONER
Wednesday, January 27, 2010
I Miss Her
Monday, January 25, 2010
Gila Bayang
Sunday, January 24, 2010
At last
(ada gaya CEO tak...hehe)